Paparan Lagu

There seems to be an error with the player !

1malaysiakkmm senyum webmail piagam atastalian data

 
MOBILE / WEB 2.0

yt rss fb-kp qrjasa

mobileview

 
Pautan Agensi KKMM
kkmmbernamartmfilem
finasipptarjpenskmm
 
Pautan Umum
mygov msc spa
pmspk KSN mampu
jpm upustaka
pemudah intan
Jumlah Pengunjung
Hari IniHari Ini94
Minggu IniMinggu Ini1256
Bulan IniBulan Ini8103
Jumlah TerkiniJumlah Terkini272228

ETP langkah strategik hadapi perubahan global masa depan

Oleh Mohd Ayop Abd Razid

Ketika Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilantik Perdana Menteri pada April 2009, ekonomi negara berada dalam keadaan yang agak lemah. Pelaburan Langsung Asing (FDI) telah jatuh dengan teruknya, manakala daya saing turut merosot menyebabkan kedudukan kita sebagai peneraju ekonomi di rantau ini semakin lemah.

Laporan Global Competitiveness Index tahun 2010 melaporkan kedudukan kita telah jatuh ke nombor 24 dari kedudukan nombor 21 sebelumnya.

Di antara punca kemerosotan daya saing negara adalah disebabkan ramai tenaga kerja mahir dan berpengetahuan tinggi berhijrah keluar sehingga meletakkan  situasi modal insan berada ke tahap yang kritikal.

Negara hanya memiliki 20 peratus sahaja tenaga kerja berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Kesannya,  kita gagal menjanakan keuntungan daripada pengeluaran produk dan perkhidmatan yang berkualiti.

Pertumbuhan produktiviti yang lemah juga menggambarkan bahawa negara masih kurang dari segi kreativiti dan inovasi, terutama inovasi dalam sektor perindustrian dan sektor eksport.

Pada masa yang sama sistem pendidikan negara tidak menghasilkan kemahiran yang dikehendaki oleh industri dan pasaran.

Datuk Seri Najib memahami bahawa untuk  membawa kembali ekonomi negara supaya kembali bertenaga dan dinamik memerlukan anjakan dan pendekatan baru yang lebih realistik selari dengan perubahan dan tuntutan ekonomi global.

Hasilnya lahirlah dasar liberalisasi ekonomi, Model Baru Ekonomi (MBE) dan Program Transformasi  Ekonomi (ETP). Semua dasar-dasar terbabit bertujuan untuk menggerakkan semula ekonomi negara yang terjejas kesan daripada masalah-masalah berkenaan.

Kini, dasar-dasar terbabit semakin menampakkan kesan kejayaan. MBE dan ETP yang diperkenalkan kerajaan di lihat sesuatu yang dinamik kerana ia dilaksanakan di bawah dasar-dasar ekonomi yang anjal selari dengan tuntutan dan perubahan yang berlaku dalam ekonomi global.

ETP merupakan program transformasi ekonomi yang bertujuan menjana pertumbuhan ekonomi mapan, khusus dalam 12 bidang Aktiviti Utama  Ekonomi Negara (NKEA).

NKEA terbabit ialah minyak, gas dan tenaga, minyak sawit, pertanian, elektrik dan elektronik, pelancongan, pendidikan, penjagaan kesihatan, perkhidmatan kewangan, kandungan komunikasi dan infrastruktur, perkhidmatan perniagaan, pemborongan dan peruncitan dan Greater Kuala Lumpur (Klang Valley). 

MBE pula memberi fokus kepada usaha untuk meningkatkan tahap pendapatan semua golongan yang kurang bernasib. Keutamaan MBE adalah untuk mengatasi jurang dispariti dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.

Sebagai pencetus dan penggerak  transformasi, Najib dan ‘pasukannya’ telah bekerja keras untuk meyakinkan para pelabur luar melalui beberapa siri lawatannya ke luar negara. Kini, keyakinan pelabur luar terhadap potensi Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menguntungkan terus meningkat.

Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan, dalam tempoh enam bulan tahun lalu sahaja  negara mencatatkan aliran kemasukan FDI sebanyak AS$5.4 bilion. Laporan Persidangan dan Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCTAD) yang dikeluarkan pada 17 Jan lalu pula menyebut FDI Malaysia pada tahun 2010 bernilai AS$7 bilion (RM21.30 bilion) berbanding AS$1.4 bilion tahun 2009.

Lagi fakta yang menunjukkan pertumbuhan positif ekonomi negara ialah  hasil kaji selidik yang dijalankan oleh Economist Intelligence Unit (FIU) tentang “Worldwide Cost of Living”. Kajian yang dijalankan pada tahun lalu itu meletakkan Malaysia di tangga ke-88 destinasi paling mahal di dunia, berbanding kedudukan ke-95 pada tahun 2009. Menurut kajian tersebut kedudukan Malaysia yang lebih baik itu adalah didorong oleh pertumbuhan ekonomi negara yang memberangsangkan.

Usaha kerajaan untuk menjayakan transformasi ekonomi terus berjalan lancar. Projek-projek ETP  yang telah dilaksanakan telah memberi impak kepada penjanaan pertumbuhan ekonomi negara. Setakat ini sebanyak RM95 bilion jumlah pelaburan telah dicapai yang membabitkan 60 projek dan inisiatif merangkumi 46  Projek Permulaan (EPP) di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Ia juga telah mewujudkan 224,358 peluang pekerjaan.

Kejayaan transformasi ekonomi yang mula terserlah itu adalah di antara lain disokong oleh Program Transformasi Kerajaan (GTP). Perkhidmatan awan telah memainkan peranan yang cukup dinamik dan berkesan dalam menjayakan dasar-dasar baru kerajaan yang diperkenalkan.

GTP yang menekankan sistem penyampaian yang berkesan telah berjaya mengurangkan karenah birokrasi dengan memperkenalkan pelbagai inovasi dan pendekatan baru yang memberi banyak kemudahan kepada pelaburan asing untuk berurusan di negara ini.

Pun begitu, harus difahami bahawa beberapa cabaran mungkin dihadapi oleh negara-negara di rantau ini. Walaupun kerajaan komited untuk mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara pada kadar enam peratus tahun ini, namun beberapa krisis global seperti krisis nuklear Jepun dan krisis di Timur Tengah boleh menjejaskan momentum pertumbuhan ekonomi.

Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) meramalkan negara mampu mencatat pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.2 peratus tahun ini dan 5.5 peratus untuk tahun 2012. Ini disebabkan keadaan ekonomi global yang lemah serta  beberapa krisis terbaru yang berlaku di dunia.

Namun kita yakin, berdasarkan pelaksana projek-projek ETP yang memberangsangkan serta keupayaan negara menarik masuk FDI serta pelaburan daripada sumber domestik (DDI) negara mampu mencapai kadar pertumbuhan enam peratus.

Isu inflasi merupakan isu yang dijangka bakal di hadapi oleh negara-negara di rantau Asia kesan daripada kenaikan harga minyak dan krisis nuklear Jepun. Kadar inflasi di Asia dijangkakan akan mencecah 5.3 peratus tahun ini berbanding 4.4 peratus tahun lalu.

Justeru, kerajaan harus berusaha mengengkang kenaikan inflasi kerana ia boleh menjejaskan kehidupan rakyat.Buat masa ini kedudukan inflasi negara ialah 2.9 peratus dan untuk tahun ini MIER mengunjurkan kadar inflasi negara ialah sebanyak 3.25 peratus. Namun, ia masih rendah berbanding dengan negara-negara di rantau ini.

Kesimpulan,  transformasi ekonomi yang diperkenalkan Najib merupakan satu usaha komprehensif untuk membangunkan  ekonomi Malaysia ke arah ekonomi yang lebih dinamik serta mampu bersaing di peringkat global. Harapan utama kerajaan ialah menjelang tahun 2020 kita akan mencapai status negara maju berpendapatan tinggi. Justeru, momentum pertumbuhan ekonomi negara perlu berkembang secara mapan dan konsisten, iaitu pada kadar enam peratus.

___________________________________________________________

Penulis adalah Ketua Unit Penerbitan, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

 
:: Politik ::
(99) artikel ditemui ...

:: Penerangan Isu ::
(114) artikel ditemui ...

:: Ekonomi ::
(62) artikel ditemui ...

:: Luar Negara ::
(26) artikel ditemui ...

:: Isu Lapangan ::
(86) artikel ditemui ...

:: Wawancara/Ucapan ::
(29) artikel ditemui ...

:: Aktiviti JASA ::
(63) artikel ditemui ...

:: Minat/Hobi ::
(7) artikel ditemui ...

:: Agama ::
(12) artikel ditemui ...

:: Warisan ::
(8) artikel ditemui ...

:: Khidmat Pengurusan ::
(8) artikel ditemui ...

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Bantuan | Peta Laman | Hubungi Kami | Soalan Lazim
Tingkat 3 - 6, Blok D, Kompleks Pejabat Kerajaan, Bukit Perdana, Jalan Dato' Onn, 50610 Kuala Lumpur
Tel: 03-2698 7152, 03-2693 7502/7498/7469  Faks: 03-2694 4515  Emel: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Hak Cipta Terpelihara Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) © 2012