Paparan Lagu

There seems to be an error with the player !

1malaysiakkmm senyum webmail piagam atastalian data

 
MOBILE / WEB 2.0

yt rss fb-kp qrjasa

mobileview

 
Pautan Agensi KKMM
kkmmbernamartmfilem
finasipptarjpenskmm
 
Pautan Umum
mygov msc spa
pmspk KSN mampu
jpm upustaka
pemudah intan
Jumlah Pengunjung
Hari IniHari Ini195
Minggu IniMinggu Ini1357
Bulan IniBulan Ini8204
Jumlah TerkiniJumlah Terkini272329

Kadar jenayah babit pelajar, kanak-kanak meningkat

KUALA LUMPUR: Walaupun kadar indeks jenayah negara menunjukkan penurunan ketara iaitu 15.1 peratus dalam tiga bulan pertama tahun ini, namun perlakuan jenayah membabitkan kanak-kanak dan pelajar termasuk jenayah berat seperti rogol dan bunuh amat membimbangkan. Lebih mengejutkan, ada kanak-kanak yang terjebak dalam jenayah seawal usia tujuh tahun.

Statistik Bukit Aman mendedahkan sepanjang empat bulan pertama tahun ini, kanak-kanak dan pelajar serta remaja tidak bersekolah berusia 7 hingga 18 tahun terbabit dalam 18 kes bunuh, 198 (rogol), dua (rompak berkumpulan bersenjata api), 185 (rompak berkumpulan tanpa senjata), 19 (rompakan) dan 141 (mendatangkan kecederaan).

Mereka turut terbabit dalam 382 kes kecurian, 584 kes curi kenderaan termasuk 558 membabitkan motosikal, 28 (ragut), 17 (pecah rumah siang hari) dan 232 (pecah rumah malam hari).

Dalam tempoh sama tahun lalu, mereka terbabit dalam 13 kes bunuh, 181 (rogol), tujuh (rompak berkumpulan bersenjata api), 74 (rompak berkumpulan tanpa senjata api); 132 (mendatangkan kecederaan), 324 (curi), 385 (curi kenderaan), 25 (ragut), 28 (pecah rumah malam hari) dan 158 (pecah rumah siang hari).

Secara keseluruhannya, mereka yang berusia tujuh hingga 18 tahun terbabit dalam 1,817 kes jenayah dengan 604 daripadanya adalah murid dan pelajar sekolah sepanjang Januari hingga April tahun ini, berbanding 1,343 kes membabitkan 453 murid dan pelajar bagi tempoh sama tahun lalu.

Daripada jumlah itu, 50 kes membabitkan kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun, 507 kes (13 hingga 15 tahun) dan 1,360 kes (16 hingga 18 tahun) dengan 42 kes dilakukan perempuan.
Mengulas mengenainya, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata polis memerlukan bantuan ibu bapa, pentadbiran sekolah dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi membendung jenayah kanak-kanak dan remaja yang dilihat semakin meningkat.

Beliau juga mencadangkan supaya satu kajian ilmiah dibuat secara bersama oleh semua pihak berkaitan bagi mengenalpasti punca masalah itu dan cara menanganinya.

Bagi saya, masalah ini tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada polis. Tanpa bantuan masyarakat kita akan gagal dalam mengatasi masalah ini, katanya kepada Berita Harian, semalam.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata perangkaan itu memberi isyarat betapa seriusnya masalah sosial dan perlakuan jenayah di kalangan kanak-kanak dan pelajar sekolah.

Bagi saya, faktor utama yang mendorong peningkatan kadar jenayah dan salah laku remaja ialah kurangnya pengawasan dan pemantauan ibu bapa terhadap pergerakan dan aktiviti anak, selain pengaruh filem, televisyen dan internet, katanya. - BH 29/6/2010

 
:: Politik ::
(99) artikel ditemui ...

:: Penerangan Isu ::
(114) artikel ditemui ...

:: Ekonomi ::
(62) artikel ditemui ...

:: Luar Negara ::
(26) artikel ditemui ...

:: Isu Lapangan ::
(86) artikel ditemui ...

:: Wawancara/Ucapan ::
(29) artikel ditemui ...

:: Aktiviti JASA ::
(63) artikel ditemui ...

:: Minat/Hobi ::
(7) artikel ditemui ...

:: Agama ::
(12) artikel ditemui ...

:: Warisan ::
(8) artikel ditemui ...

:: Khidmat Pengurusan ::
(8) artikel ditemui ...

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Bantuan | Peta Laman | Hubungi Kami | Soalan Lazim
Tingkat 3 - 6, Blok D, Kompleks Pejabat Kerajaan, Bukit Perdana, Jalan Dato' Onn, 50610 Kuala Lumpur
Tel: 03-2698 7152, 03-2693 7502/7498/7469  Faks: 03-2694 4515  Emel: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Hak Cipta Terpelihara Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) © 2012