Paparan Lagu

There seems to be an error with the player !

1malaysiakkmm senyum webmail piagam atastalian data

 
MOBILE / WEB 2.0

yt rss fb-kp qrjasa

mobileview

 
Pautan Agensi KKMM
kkmmbernamartmfilem
finasipptarjpenskmm
 
Pautan Umum
mygov msc spa
pmspk KSN mampu
jpm upustaka
pemudah intan
Jumlah Pengunjung
Hari IniHari Ini251
Minggu IniMinggu Ini1859
Bulan IniBulan Ini6167
Jumlah TerkiniJumlah Terkini270292

Sebulan sah daftar pemilih baru

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memendekkan tempoh pengesahan pendaftaran pemilih baru daripada tiga hingga empat bulan kepada sebulan bagi memastikan mereka berpeluang menunaikan tanggungjawab kepada negara.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata langkah itu bertujuan memastikan semua pemilih baru berpeluang untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dan tidak perlu menunggu masa yang lama sebelum nama mereka boleh diwartakan.

“Saya sudah mengkaji keperluan memendekkan tempoh waktu pemerosesan dan pewartaan daftar pemilih itu. Bagaimanapun, langkah itu mungkin akan memerlukan kerja dan usaha yang berganda oleh kakitangan SPR untuk melaksanakannya dan kami sedang berusaha ke arah itu.

//

“Sebelum ini, bila sudah didaftar sebagai pemilih nama akan dikumpul dalam setiap tiga bulan, kemudian SPR akan menyemak dan mempamerkan senarai nama itu dalam tempoh tujuh hari sebelum ia boleh diwartakan. Katakan Pilihan Raya Umum Ke-13 berlangsung pada Mei 2013, pemilih baru yang mendaftar pada Januari dan Februari 2013 tidak akan berpeluang mengundi kerana nama mereka belum diwartakan.

“Ini yang terjadi pada 2008 apabila hampir 600,000 yang sudah mendaftar tidak berpeluang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi kerana mendaftar pada saat akhir dan akhirnya pembangkang menyalahkan SPR. Sebaliknya ia berlaku disebabkan sikap pengundi yang menunggu saat akhir untuk mendaftar sebagai pemilih,” katanya kepada Berita Harian.

Abdul Aziz berkata, SPR sebelum ini menetapkan tempoh 42 hari dalam setahun bagi membolehkan mereka yang layak mendaftar sebagai pemilih membuat pendaftaran.
Bagaimanapun bagi menggalakkan lagi pendaftaran pemilih baru, pendaftaran kini dibuka setiap hari.

Mengenai cadangan pendaftaran secara dalam talian atau online seperti yang dicadangkan banyak pihak, Abdul Aziz berkata, perkara itu setakat ini masih belum boleh dilaksanakan lagi kerana sudah ditetapkan dalam syarat dan peraturan SPR untuk mendaftarkan pemilih, mereka perlu tampil atau hadir ketika memohon untuk mendaftar.

Katanya, SPR juga tidak mahu pendaftaran melalui dalam talian boleh menyebabkan berlaku penyalahgunaan dan penipuan.

“Dalam undang-undang SPR, pemilih itu perlu hadir ketika memohon menjadi pemilih seperti yang termaktub dalam Peraturan Pemilih 2002 bertujuan untuk mengelak penipuan. Walaupun pendaftaran online masih memerlukan kepada pengesahan, tetapi sukar untuk mengesan dan mengenai mereka.

“Mungkin orang lain yang memegang kad pengenalan mereka membuat pendaftaran atau mungkin ahli politik atau orang lain yang mahu mengambil kesempatan,” katanya. - BH 22/7/2010

 

 
:: Politik ::
(99) artikel ditemui ...

:: Penerangan Isu ::
(114) artikel ditemui ...

:: Ekonomi ::
(62) artikel ditemui ...

:: Luar Negara ::
(26) artikel ditemui ...

:: Isu Lapangan ::
(86) artikel ditemui ...

:: Wawancara/Ucapan ::
(29) artikel ditemui ...

:: Aktiviti JASA ::
(63) artikel ditemui ...

:: Minat/Hobi ::
(7) artikel ditemui ...

:: Agama ::
(12) artikel ditemui ...

:: Warisan ::
(8) artikel ditemui ...

:: Khidmat Pengurusan ::
(8) artikel ditemui ...

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Bantuan | Peta Laman | Hubungi Kami | Soalan Lazim
Tingkat 3 - 6, Blok D, Kompleks Pejabat Kerajaan, Bukit Perdana, Jalan Dato' Onn, 50610 Kuala Lumpur
Tel: 03-2698 7152, 03-2693 7502/7498/7469  Faks: 03-2694 4515  Emel: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Hak Cipta Terpelihara Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) © 2012