Paparan Lagu

There seems to be an error with the player !

1malaysiakkmm senyum webmail piagam atastalian data

 
MOBILE / WEB 2.0

yt rss fb-kp qrjasa

mobileview

 
Pautan Agensi KKMM
kkmmbernamartmfilem
finasipptarjpenskmm
 
Pautan Umum
mygov msc spa
pmspk KSN mampu
jpm upustaka
pemudah intan
Jumlah Pengunjung
Hari IniHari Ini70
Minggu IniMinggu Ini1995
Bulan IniBulan Ini6303
Jumlah TerkiniJumlah Terkini270428

Pamerkan cinta kepada negara

MOHD. AYOP ABD RAZID
Kuala Lumpur.

SERUAN Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim mengajak rakyat mengibarkan 'Jalur Gemilang' sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-54 sewajarnya disambut dengan penuh kesedaran oleh seluruh rakyat di negara ini. Setiap rakyat mestilah berbangga dengan Jalur Gemilang yang merupakan bendera rasmi negara kita Malaysia yang tercinta ini.

Justeru, salah satu cara untuk menunjukkan kebanggaan kita terhadapnya ialah dengan mengibarkannya di seluruh pelosok dan ceruk tanah air, khususnya di sepanjang bulan kemerdekaan ini (0gos - 16 September).

Kita mahu usaha mengibar Jalur Gemilang ini bukan hanya dilakukan oleh kerajaan semata-mata, tetapi mestilah turut dilaksanakan oleh rakyat dengan penuh kesedaran dan kebanggaan terhadap kemerdekaan tanah air.

Kerajaan hanya mendorong dan mencetuskan ingatan terhadap sambutan hari kemerdekaan dan pengibaran Jalur Gemilang. Rakyat pula perlu menyambutnya dengan penuh rasa tanggungjawab. Seruan untuk mengibar bendera kebangsaan ini tidak ada kaitan sama sekali dengan politik. Jalur Gemilang adalah milik negara dan milik seluruh rakyat Malaysia. Ia adalah salah satu unsur atau elemen kenegaraan yang memberikan identiti kepada negara.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyeru dan mendorong rakyat mengibarkan Jalur Gemilang bagi aktiviti sambutan hari kemerdekaan. Apa yang kerajaan harapkan dari rakyat adalah sesuatu yang sangat minimum, iaitu menyemarakkan kibaran Jalur Gemilang yang dihidupkan setahun sekali sempena sambutan kemerdekaan.

Memang benar mengibar bendera bukannya satu-satu cara untuk menzahirkan semangat patriotik. Namun, kita harus melihatnya dalam konteks semangat kenegaraan dan kemerdekaan. Sambutan kemerdekaan wajar diraikan dengan kibaran Jalur Gemilang. Ia sebagai menzahirkan rasa cinta dan patriotisme kita terhadap negara.

Kita harus mencontohi semangat yang dipamerkan oleh rakyat di negara luar. Rakyat Indonesia misalnya mengibarkan bendera tanah airnya dengan penuh semangat dan rasa bangga sempena sambutan kemerdekaan Indonesia. Mereka akan menyemarakkan kibaran bendera negaranya di seluruh pelosok tanah air dengan penuh kreatif serta disertai dengan pelbagai acara yang diatur sendiri oleh masyarakatnya. Mereka akan mengibarkan bendera kebangsaan mereka sama ada di rumah, premis-premis perniagaan dan di tempat-tempat awam.

Apakah kita terlalu banyak 'politiking' sehingga setiap saranan kerajaan mahu dikaitkan dengan politik walaupun saranan itu adalah berkaitan dengan hal kenegaraan, iaitu peristiwa kemerdekaan negara?

Suka saya menyarankan semua parti politik yang ada di negara ini mengambil inisiatif mengibarkan Jalur Gemilang di pejabat parti masing-masing sama ada di pusat, bahagian dan cawangan.

Banyak faedahnya apabila kita menyemarakkan kibaran Jalur Gemilang di bulan kemerdekaan ini. Selain membangkitkan semangat patriotisme, ia juga dapat mewujudkan perasaan solidariti atau kesepaduan seluruh rakyat Malaysia.

 - Forum Utusan Malaysia 03/8/2011

 

 
:: Politik ::
(99) artikel ditemui ...

:: Penerangan Isu ::
(114) artikel ditemui ...

:: Ekonomi ::
(62) artikel ditemui ...

:: Luar Negara ::
(26) artikel ditemui ...

:: Isu Lapangan ::
(86) artikel ditemui ...

:: Wawancara/Ucapan ::
(29) artikel ditemui ...

:: Aktiviti JASA ::
(63) artikel ditemui ...

:: Minat/Hobi ::
(7) artikel ditemui ...

:: Agama ::
(12) artikel ditemui ...

:: Warisan ::
(8) artikel ditemui ...

:: Khidmat Pengurusan ::
(8) artikel ditemui ...

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Bantuan | Peta Laman | Hubungi Kami | Soalan Lazim
Tingkat 3 - 6, Blok D, Kompleks Pejabat Kerajaan, Bukit Perdana, Jalan Dato' Onn, 50610 Kuala Lumpur
Tel: 03-2698 7152, 03-2693 7502/7498/7469  Faks: 03-2694 4515  Emel: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Hak Cipta Terpelihara Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) © 2012