Oleh: Jabatan Hal Ehwal Khas
Keberkesanan kerajaan Barisan Nasional mentadbir Negara sejak merdeka memberi impak besar kepada keharmonian dan kesejaheraan Negara. Justeru dalam tempoh terdekat, kerajaan menysasarkan untuk tersenarai didalam 10 negara paling aman dunia. Laporan terkini Global Peace Index menunjukkan Malaysia menduduki tempat ke:-
- 19 negara paling aman daripada 153 negara
- Negara paling aman di Asia Tenggara
- ke- 4 di Asia.
Pencapaian ini merupakan usaha berterusan kerajaan bagi mendapat mandat di tampok kepimpinan dengan memberi banyak peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk menaikkan taraf hidup mereka.
Di bawah Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) berkaitan taraf hidup berpendapatan rendah, kerajaan meletakkan 12 spektrum bagi mengeluarkan golongan berpendapatan rendah dari kepompong kemiskinan; Pendidikan dan latihan, Kesihatan, Kemudahan Asas, Kewangan dan Kebendaan, Advokasi, Kemudahan Awam ,Penempatan Pekerjaan, Skim Takaful Insurans Berkelompok, Skim Mikro Kredit, Penstrukturan Semula Subsidi, Transisi dan Intergrasi dan Kemudahan Perumahan.
Kemudahan asas ini akan menjaminkan masa depan lebih cerah dalam pembangunan modal insan lantas membentuk sebuah negara harmoni dengan jurang pendapatan antara kaum pada tahap paling minima.









