Bahasa Melayu | English | Lain
 
Featured Song

There seems to be an error with the player !

Webmail
Username :
Password :
 
1Malaysia
KPKK 1Malaysia
 

noimage

 
Quick Links
Facebook Ketua Pengarah
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Semak Daftar Pemilih SPR
integrated sistem pemantauan aduan agensi awam
u-Pustaka

Ikuti Kami di:

 
Pautan Agensi
KPKK
Jabatan Penerangan
Filem Negara
JKKN
IPPTAR
SKMM
Balai Seni Lukis
Muzium
Jabatan Warisan Negara
Kraftangan
Finas
Istana Budaya
RTM Bernama Arkib Negara
JKKN
IPPTAR
Perpustakaan Negara
Jumlah Pengunjung
Hari IniHari Ini196
Minggu IniMinggu Ini2566
Bulan IniBulan Ini11251
Jumlah TerkiniJumlah Terkini18528
Today Messages

UCAPAN DATO’ KETUA PENGARAH JASA - WINNER: KONSEP NEGARA BERKEBAJIKAN, 22 OGOS 2011, AUDITORIUM MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA, K.LUMPUR.

E-mail Print PDF

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis,

Yang diraikan YB Senator Datuk Maglin Dennis D’cruz, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi & Kebudayaan,

Perwakilan parti-parti politik,

Panel-panel Pemikir JASA,

Pengarah-Pengarah Bahagian Jabatan Hal Ehwal Khas JASA,

Pengarah-pengarah JASA Negeri,

Ketua-ketua Jabatan dan Agensi KPKK,

dan seterusnya hadirin hadhirat sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Terlebih dahulu, saya merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga, kepada semua yang hadir dalam majlis ini. Semoga kehadiran YBhg Dato’-Dato’, Tuan-Tuan dan Puan-Puan pada hari ini, akan merancakkan lagi diskusi dan perkongsian maklumat dalam Wacana Ilmuan Negara atau ringkasnya WINNER kali ini.

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Kita semua hendaklah menyedari, bahawa realitinya, kita sekarang sebenarnya sedang berada dalam suasana perang. Perang yang dimaksudkan, bukanlah peperangan yang melibatkan penggunaan senjata.

Tetapi, peperangan yang sedang kita hadapi sekarang, ialah ‘Peperangan Idea’, ‘Peperangan Ideologi’. ‘Perang Idea’ ini sedang berlangsung, samada di pentas antarabangsa mahupun di gelanggang tempatan. Dimana, idea-idea yang pelbagai dilontarkan dari semasa ke semasa, ke tengah-tengah masyarakat.

‘Perang Idea’ yang sedang berlangsung ini sangat bahaya, kerana ia berlaku dalam keadaan masyarakat yang diserang dengan pelbagai idea itu, tidak menyedari hakikat bahawa mereka sebenarnya sedang diserang bertubi-tubi sepanjang masa.

Keadaan ini, akhirnya menyebabkan berlakunya satu gelombang perubahan dalam masyarakat, seperti yang dikehendaki oleh pihak-pihak berkepentingan yang melancarkan ‘Perang Idea’ tersebut.

Keberlangsungan ‘Perang Idea’ ini dinyatakan dengan jelas, antaranya oleh Cheryl Bernard dan Angel Rabasa pada tahun 2007, dalam laporan mereka yang bertajuk “Building Moderate Muslim Networks”.

Cheryl Bernard mengatakan, bahawa perang sebenar yang sedang berlaku di dunia Islam hari ini, bukanlah perang senjata, tetapi perang idea. Menyedari hakikat ini, beliau menyarankan pentadbiran Amerika Syarikat, supaya membentuk jaringan dengan golongan Muslim liberal dan moderat, untuk mempengaruhi umat Islam supaya menyokong agenda Barat.

Dalam konteks politik domestik, ‘Perang Idea’ ini berlaku dengan begitu hebat dan rancak serta tanpa henti. Dimana, pelbagai idea baru dilontarkan dan dipasarkan di pasaran idea tempatan, melalui teknologi maklumat yang canggih.

Kerancakan ‘Perang Idea’ ini menyebabkan di hadapan masyarakat Negara kita, sedang terhidang lambakan idea yang pelbagai dan rencam.

Yang terbaru, ialah idea Negara Berkebajikan yang diutarakan oleh PAS-yang menjadi tajuk wacana kita pada hari ini-yang merupakan kesinambungan kepada ‘Perang Idea’ yang telah lama berlangsung dalam gelanggang politik tanah air.

Hadirin hadhirat yang dihormati sekalian,

JASA berpandangan, lontaran idea-idea ini perlu diberi perhatian, kerana dalam ‘Perang Idea’, biasanya idea-idea yang diutarakan itu-yang merupakan peluru dalam perang ini-dikemukakan dalam bentuk yang tulus, murni dan indah.

Namun, disebalik ketulusan dan kemurnian idea-idea itu, ada agenda lain yang ingin dicapai yang selari dengan kepentingan pihak-pihak tertentu. Lihat saja idea Hak Asasi Manusia. Ia adalah idea yang baik dan kita menyokong serta mempraktikkannya di Negara ini.

Tetapi, idea ini-seperti yang dikehendaki oleh sesetengah pihak di Barat-menuntut supaya diberikan kebebasan mutlak kepada setiap individu, sehingga membolehkannya mencabul segala norma dan nilai agama, akhlak serta budaya. Kesemuanya di atas nama Hak Asasi Manusia!

Mujurlah kita menyedari hakikat ini, menyebabkan kita tidak menerima secara total idea Hak Asasi Manusia yang dijuarai Barat ini.

Contoh lain bagi satu idea yang zahirnya nampak tulus dan murni, ialah idea yang pernah dilontarkan oleh Muhammad Khalafullah, seorang sasterawan Arab dan pakar  dalam Bahasa Arab.

Beliau telah melontarkan idea yang menyatakan (al-Quran Kitābun Adabiyyun al-Akbar) :

القُرْآنْ كِتَابٌ أَدَبِيٌ الأَكْبَرْ

Yang bermaksud,  “al-Quran adalah Kitab Sastera Yang Terulung”.

Idea ini sungguh memukau sesiapa sahaja yang beragama Islam, kerana ia menyanjung tinggi kitab suci mereka, iaitu al-Quran. Namun, ramai yang tidak sedar racun yang terkandung dalam idea ini.

Ini kerana, idea ini, tanpa disedari oleh orang-orang yang mengkaguminya, telah meletakkan al-Quran sebagai sebuah kitab Sastera. Jika demikian keadaannya, maka al-Quran adalah sama seperti kitab sastera yang lain. Oleh itu, ia boleh dipertikai dan boleh dikritik seperti mana-mana karya sastera yang lain.

Inilah contoh tentang bahayanya ‘Perang Idea’ ini.

Menyedari hakikat ini, JASA mengambil inisiatif menganjurkan Wacana Ilmuan Negara, atau ringkasnya WINNER bagi membedah dan mengetahui hakikat sebenar apa jua yang berlegar, dan dilontarkan di pentas politik mahu pun sosial tanah air.

Alhamdulillah, dalam tahun ini JASA telah berjaya menganjurkan 3 program WINNER, yang mengupas isu-isu semasa yang bermain dalam masyarakat, dengan menjemput tokoh-tokoh akademik dan masyarakat mengemukakan pandangan.

Pandangan-pandangan mereka ini seterusnya kita salurkan ke bawah, antaranya melalui ahli-ahli politik, para penceramah dan blooger yang kita jemput sebagai peserta WINNER.

Mereka ini akan berfungsi sebagai salah satu penyalur kepada segala pandangan dan maklumat, yang terhasil daripada pembentangan ahli-ahli panel dan penglibatan para peserta sekelian.

Di peringkat negeri, WINNER juga telah diadakan, iaitu di Pulau Pinang yang telah menganjurkan WINNER sebanyak 2 kali. Selain Pulau Pinang, negeri lain yang telah melaksanakan WINNER ialah Perlis, Kelantan dan Sabah.

Besarlah harapan saya agar WINNER kali ini dan akan datang, benar-benar menjadi satu platform kepada diskusi ilmiah dan intelektual berhubung isu-isu besar yang berlaku dalam Negara.

Saya dengan ini mengalukan-alu para peserta sekelian, untuk sama-sama melontarkan pandangan, memberi komentar dan berwacana demi kebaikan Negara, agama dan bangsa.

Dengan ucapan itu tadi, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Wacana Ilmuan Negara padi ini, dengan ucapan selamat berwacana.

Sekian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh.

 

 

Last Updated on Wednesday, 24 August 2011 09:23
 

Pastikan masyarakat sentiasa mendapat maklumat betul

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh kepada semua warga JASA,

Salam 1Malaysia!

Adalah menjadi harapan saya agar seluruh jentera keluarga besar JASA berusaha untuk mendapatkan sokongan rakyat terhadap kerajaan melalui gagasan 1Malaysia. Ini penting bagi mempastikan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat yang berterusan terjamin.

Untuk itu adalah penting bagi kakitangan dan pegawai JASA merasai degup nadi akar umbi rakyat bagi disampaikan kepada pihak berwewenang supaya dapat diambil tindakan sewajarnya dengan segera dan berkesan.

Amatlah perlu untuk kita memenangi pemikiran dan jiwa rakyat supaya segala dasar utama negara dan harapan pemimpin kepada rakyat mudah diterima.

Sesuai dengan peranan JASA sebagai perantara dalam hubungan timbal balik (reciprocity) antara rakyat dan kerajaan, saya menggesa agar kita menjalankan tugas dengan penuh amanah, dedikasi, disiplin dan kreatif dalam program-program rakyat yang dijalankan.

Dalam suasana dunia baru yang serba global dan liberal ini saya telah mengarahkan agar JASA memainkan peranan "MEMIMPIN PENDAPAT RAKYAT" (Leading Public Opinions) agar rakyat dapat melihat, membaca, dan menilai perkembangan suasana semasa dengan penuh kematangan dan tepat.

Saya mendoakan semoga segala hasrat dan cita-cita diatas dapat dicapai dalam satu semangat berpasukan.

Dato` Fuad bin Tan Sri Hassan
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)
25 Februari 2010
 

Terus pacu pandangan rakyat

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh kepada semua warga JASA,

Bertemu kita kembali.

Adalah menjadi harapan saya agar seluruh jentera keluarga besar JASA berusaha untuk mendapatkan sokongan rakyat terhadap kerajaan melalui gagasan 1Malaysia. Ini penting bagi mempastikan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat yang berterusan terjamin.

Untuk itu adalah penting bagi kakitangan dan pegawai JASA merasai degup nadi akar umbi rakyat bagi disampaikan kepada pihak berwewenang supaya dapat diambil tindakan sewajarnya dengan segera dan berkesan.

Amatlah perlu untuk kita memenangi pemikiran dan jiwa rakyat supaya segala dasar utama negara dan harapan pemimpin kepada rakyat mudah diterima.

Sesuai dengan peranan JASA sebagai perantara dalam hubungan timbal balik (reciprocity) antara rakyat dan kerajaan, saya menggesa agar kita menjalankan tugas dengan penuh amanah, dedikasi, disiplin dan kreatif dalam program-program rakyat yang dijalankan.

Dalam suasana dunia baru yang serba global dan liberal ini saya telah mengarahkan agar JASA memainkan peranan "MEMIMPIN PENDAPAT RAKYAT" (Leading Public Opinions) agar rakyat dapat melihat, membaca, dan menilai perkembangan suasana semasa dengan penuh kematangan dan tepat.

Saya mendoakan semoga segala hasrat dan cita-cita diatas dapat dicapai dalam satu semangat berpasukan.

Dato` Fuad bin Tan Sri Hassan
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)
19 Februari 2010
 


:: Politic ::
(96) articles found ...

:: Issues Explanation ::
(52) articles found ...

:: Economy ::
(61) articles found ...

:: International ::
(26) articles found ...

:: Field Issues ::
(79) articles found ...

:: Interviews/Speeches ::
(24) articles found ...

:: JASA Activities ::
(35) articles found ...

:: Interest/Hobby ::
(7) articles found ...

:: Religion ::
(11) articles found ...

:: Heritage ::
(8) articles found ...

:: Management Services ::
(3) articles found ...

:: Pejabat Ketua Pengarah ::
(2) articles found ...

Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer | Help | Site Map | Contact Us

Hak Cipta Terpelihara Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) © 2012