Bahasa Melayu | English | Lain
 
Featured Song

There seems to be an error with the player !

Webmail
Username :
Password :
 
1Malaysia
KPKK 1Malaysia
 

noimage

 
Quick Links
Facebook Ketua Pengarah
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Semak Daftar Pemilih SPR
integrated sistem pemantauan aduan agensi awam
u-Pustaka

Ikuti Kami di:

 
Pautan Agensi
KPKK
Jabatan Penerangan
Filem Negara
JKKN
IPPTAR
SKMM
Balai Seni Lukis
Muzium
Jabatan Warisan Negara
Kraftangan
Finas
Istana Budaya
RTM Bernama Arkib Negara
JKKN
IPPTAR
Perpustakaan Negara
Jumlah Pengunjung
Hari IniHari Ini198
Minggu IniMinggu Ini2568
Bulan IniBulan Ini11253
Jumlah TerkiniJumlah Terkini18530

Antara revolusi dan Islah mana lebih utama?

Oleh Mohd Ayop Abd Razid

Revolusi dalam istilah Arab disebut ‘tsaurah’. Kamus Dewan (edisi keempat, 2007) mendefinisikan ‘revolusi’ sebagai perubahan sesebuah kerajaan, sistem politik atau sistem sosial yang dilakukan secara radikal dan kekerasan. Revolusi juga bermaksud perubahan yang menyeluruh  dan mendadak, terutama dari segi cara berfikir dan bertindak.

Satu lagi istilah yang banyak diguna pakai dalam mendefinisikan perubahan ialah ‘islah’ (pembaharuan). Menurut  cendekiawan Mesir, Dr. Muhammad Imarah, kedua-dua istilah tersebut ada persamaan dan perbezaan. Persamaannya ialah kedua-duanya mahukan perubahan secara menyeluruh, mendasar serta mendalam. Yang membezakannya adalah dari  segi kaedah atau uslub (pendekatan) untuk melakukan perubahan itu.

Pendekatan ‘tsaurah’ atau revolusi mahukan perubahan yang cepat dan radikal melalui cara kekerasan. Sebaliknya, ‘islah’ menekankan proses perubahan secara bertahap. Pendekatan islah lebih diberi perhatian dan diterima jumhur (majoriti) ulamak dalam melaksanakan perubahan masyarakat. Ini adalah disebabkan kaedah islah  adalah uslub atau pendekatan yang digunakan oleh para rasul dalam misinya merubah masyarakat.

Para Rasul melaksanakan misi mereka dengan cara memperbaiki diri dan jiwa manusia. Cara ini bebas dari unsur kebencian dan kekerasan. Sebaliknya, revolusi mengandungi elemen kebencian, pemberontakan dan rusuhan yang lebih banyak menghancurkan daripada membina atau membangun. Kebanyakan ulamak sepakat mengutamakan perubahan secara damai dengan melakukan islah terhadap pemerintah yang korup dan zalim.

Misalnya,  Imam Ahmad bin Hanbal menolak kaedah revolusi sebab  beliau melihat ianya lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Iman mulia itu melihat revolusi adalah sesuatu yang batil kerana ia boleh berakhir dengan anarkisme dan pemimpin-pemimpinnya pula akan bertelagah sesama sendiri untuk berkuasa sehingga seolah-olah negara tidak lagi berkerajaan.

Justeru, ramai ulamak tersohor  tidak mengizinkan penyingkiran seseorang  pemimpin secara kekerasan walaupun  pemimpin itu seorang yang fasik. Ibnu Taimiyyah menyebut, “Enam puluh tahun di bawah penguasa zalim adalah lebih baik daripada satu malam tanpa seorang pemerintah (keadaan anarkisme)”.

Iman al-Ghazali pula berpendapat sekiranya tindakan menyingkirkan penguasa yang zalim dan jahil itu secara kekerasan akan menimbulkan kekacauan yang tidak dapat diuruskan (anarki), maka pemimpin itu wajib dikekalkan dan wajib ditaati”.

Kebaikan dan keadilan pemerintah di negara ini lebih terserlah daripada kelemahan dan kezaliman yang  dicanangkan oleh golongan-golongan tertentu.Memang kita tidak nafikan ada kelemahan di sana sini tetapi ia boleh diperbaiki. Hari ini, program transformasi yang sedang dilaksanakan kerajaan adalah menepati konsep ‘islah’ atau pembaharuan seperti yang dikehendaki Islam.

Demikian juga politik demokrasi masih berjalan dengan baik di mana semua parti politik di negara ini berpeluang untuk memenangi pilihan. Kelemahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidaklah seburuk mana yang digambarkan pihak tertentu. Malah, SPR kini sedang giat melakukan pembaikan untuk memberi keadilan kepada semua parti-parti politik yang berpartisipasi dalam pertandingan pilihan raya. Terbaru ialah kesediaan kerajaan untuk menubuhkan  Jawatankuasa Pemilihan Parlimen bagi menambah baik sistem pilihan raya negara. Jawatankuasa itu akan dianggotai wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.

Kesimpulan, pendekatan untuk menjatuhkan kerajaan melalui cara yang bercanggah dengan Perlembagaan Negara tidak sesuai sama sekali di negara ini. Mungkin kita boleh  menerima kaedah revolusi sekiranya negara  di bawah penguasaan kuasa asing yang menindas dan meragut kemerdekaan rakyat dan negara.  

Revolusi yang harus diutamakan  ialah revolusi mental. Pemimpin dan rakyat seharusnya merevolusikan minda mereka ke arah perkara yang membina masa depan negara. Revolusi minda ini penting supaya ia dapat merubah penampilan, sikap, paradigma, tingkah laku dan   kebiasaan diri  supaya  “daya tenaga” masyarakat dapat menjana dan  melonjakkan transformasi sosioekonomi negara ke arah mencapai Wawasan 2020.

 
:: Politic ::
(96) articles found ...

:: Issues Explanation ::
(52) articles found ...

:: Economy ::
(61) articles found ...

:: International ::
(26) articles found ...

:: Field Issues ::
(79) articles found ...

:: Interviews/Speeches ::
(24) articles found ...

:: JASA Activities ::
(35) articles found ...

:: Interest/Hobby ::
(7) articles found ...

:: Religion ::
(11) articles found ...

:: Heritage ::
(8) articles found ...

:: Management Services ::
(3) articles found ...

:: Pejabat Ketua Pengarah ::
(2) articles found ...

Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer | Help | Site Map | Contact Us

Hak Cipta Terpelihara Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) © 2012