Bahasa Melayu | English | Lain
 
Featured Song

There seems to be an error with the player !

Webmail
Username :
Password :
 
1Malaysia
KPKK 1Malaysia
 

noimage

 
Quick Links
Facebook Ketua Pengarah
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Semak Daftar Pemilih SPR
integrated sistem pemantauan aduan agensi awam
u-Pustaka

Ikuti Kami di:

 
Pautan Agensi
KPKK
Jabatan Penerangan
Filem Negara
JKKN
IPPTAR
SKMM
Balai Seni Lukis
Muzium
Jabatan Warisan Negara
Kraftangan
Finas
Istana Budaya
RTM Bernama Arkib Negara
JKKN
IPPTAR
Perpustakaan Negara
Jumlah Pengunjung
Hari IniHari Ini198
Minggu IniMinggu Ini2568
Bulan IniBulan Ini11253
Jumlah TerkiniJumlah Terkini18530

PAMERAN SEMPENA PELANCARAN KOMUNITI 1MALAYSIA

PAMERAN SEMPENA PELANCARAN KOMUNITI 1MALAYSIA

Unit Pameran Jabatan Hal Ehwal Khas telah menyertai pameran sempena Pelancaran Komuniti 1Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bertempat di Padang Kantan, Bukit Sentosa,Hulu Selangor. Pameran berlangsung selama 3 hari bermula pada 6 hingga 8 Januari 2012 bermula seawal 8.00 pagi hingga jam 10 malam. Pelancaran Komuniti 1Malaysia ini telah disempurnakan oleh YAB.Dato' Seri Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Program diisi dengan persembahan kebudayaan dan jualan produk oleh Komuniti 1Malaysia seluruh Malaysia selama 3 hari tersebut.

Konsep pameran JASA pada kali ini ialah berkisar mengenai program JASA Prihatin yang merupakan sebuah program yang diwujudkan bagi membantu golongan yang memerlukan Melalui pameran ini khalayak didedahkan dengan gambar-gambar rumah dan insan kurang bernasib baik yang di beri bantuan melalui program tersebut. Pada masa yang sama juga khalayak lebih memahami visi, misi dan fungsi Jabatan Hal Ehwal Khasa (JASA) melalui penerangan oleh pegawai yang bertugas.

Selain pameran, JASA juga turut mengedarkan bahan-bahan terbitan JASA seperti buku, Rukun Negara,Jom Satu, Wah Mesra dan Gagsan 1Malaysia. JASA turut mengadakan kuiz berkisar mengenai Konsep 1Malaysia kepada pengunjung.YBhg. Timbalan Ketua Pengarah JASA, Datuk Abu Talib bin Harun turut hadir dalam pameran berkenaan.

Yang Amat Berhormat Dato' Sri  Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, turut mengunjungi gerai pameran pada kali ini. Selain itu juga pameran turut dikunjungi oleh Yang Amat Berhormat  Datuk Seri Noh bin Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Secara kesimpulannya , program ini berjaya mencapai matlamatnya memberi penerangan yang jelas mengenai Gagasan 1Malaysia dan memberi penjelasan tentang program JASA Prihatin dengan kehadiran pengunjung yang dianggarkan seramai 2000 orang. Pameran seperti ini akan diteruskan pada masa-masa akan  datang.

Oleh: Unit Komunikasi Media JASA

(Gambar di Galeri)



 
:: Politic ::
(96) articles found ...

:: Issues Explanation ::
(52) articles found ...

:: Economy ::
(61) articles found ...

:: International ::
(26) articles found ...

:: Field Issues ::
(79) articles found ...

:: Interviews/Speeches ::
(24) articles found ...

:: JASA Activities ::
(35) articles found ...

:: Interest/Hobby ::
(7) articles found ...

:: Religion ::
(11) articles found ...

:: Heritage ::
(8) articles found ...

:: Management Services ::
(3) articles found ...

:: Pejabat Ketua Pengarah ::
(2) articles found ...

Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer | Help | Site Map | Contact Us

Hak Cipta Terpelihara Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) © 2012