Bahasa Melayu | English | Lain
 
Featured Song

There seems to be an error with the player !

Webmail
Username :
Password :
 
1Malaysia
KPKK 1Malaysia
 

noimage

 
Quick Links
Facebook Ketua Pengarah
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Semak Daftar Pemilih SPR
integrated sistem pemantauan aduan agensi awam
u-Pustaka

Ikuti Kami di:

 
Pautan Agensi
KPKK
Jabatan Penerangan
Filem Negara
JKKN
IPPTAR
SKMM
Balai Seni Lukis
Muzium
Jabatan Warisan Negara
Kraftangan
Finas
Istana Budaya
RTM Bernama Arkib Negara
JKKN
IPPTAR
Perpustakaan Negara
Jumlah Pengunjung
Hari IniHari Ini200
Minggu IniMinggu Ini2570
Bulan IniBulan Ini11255
Jumlah TerkiniJumlah Terkini18532

Perutusan YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak Sempena Hari Belia Negara 2011

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Pertama-tamanya saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Belia kepada seluruh warga belia Malaysia. Sesungguhnya  golongan belia sebagai kumpulan demografi terbesar rakyat Malaysia amat penting kepada hala tuju dan masa depan negara.

BELIA PEMANGKIN TRANSFORMASI

Saudara saudari sekalian,

Hari ini negara sedang menangani cabaran yang monumental, iaitu cabaran untuk merealisasikan wawasan kebangsaan bagi menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang fajar 2020.  Malaysia memiliki tradisi  unik  bersikap pragmatik dan bukan dogmatik , mengambil jalan yang perlu sama ada ia senang  mahupun sukar bagi memetakan laluan nasional  yang  bersifat transformatif. Inilah keunikan negara kita dari merebut kemerdekaan secara rundingan, mengukuh perpaduan nasional melalui integrasi dan bukannya asimilasi, menghapuskan pemberontakan komunis dengan memenangi hati dan fikiran, membangunkan kawasan luar bandar secara sistematik, membina infrastruktur asas secara di hadapan keluk,  menarik pelaburan asing bagi merangsang proses perindustrian dan hari ini meningkatkan kedudukan negara dalam rantaian nilai global.

Kerajaan penuh percaya bahawa usaha untuk mencapai aspirasi nasional ini hanya akan berjaya menerusi perubahan dan pembaharuan secara lonjakan berganda, bukan lagi usaha secara eceran atau berdikit-dikit. Ke arah matlamat ini lahirlah  Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP), serta Model Baru Ekonomi (NEM);  bersama dengan Rancangan Malaysia ke-10 yang menjadi asas lonjakan Negara kita bagi pusingan terakhir ke arah Wawasan 2020.

Kejayaan wawasan dan kesemua prakarsa nasional ini memerlukan  sumbangan pro-aktif golongan belia yang seharusnya menjadi penggerak yang memacu Negara ke tahap yang kita impikan. Maka amat sesuai tema bagi Hari Belia Negara 2011, “Belia Pemangkin Transformasi”.

BELIA MENCERMIN KEUNGGULAN NEGARA

Saudara dan saudari,

Golongan belia mencerminkan harapan masa hadapan negara; saudara saudari semua adalah penting untuk masa depan Negara – “the best hope for the nation’s future”. Semangat dan azam yang  membara di kalangan anak muda, seharusnya disalurkan ke arah aktiviti-aktiviti bermanfaat yang dapat membangunkan diri dan mengambil peluang  sosioekonomi  yang kian bertambah.

Semangat kesukarelawan juga harus dinyalakan kembali, dipacu oleh daya tenaga serta idealisme golongan belia . Taburlah khidmat bakti dengan penuh keikhlasan kerana  wang ringgit tidak akan kekal namun budi baik yang  tetap dikenang.

1MALAYSIA PENYULUH KEMARAAN

Saudara saudari sekalian,

Berpaksikan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, saya percaya golongan belia akan terus memacu Negara ke hadapan. Sebagai pewaris bangsa, agama dan Negara, golongan muda sewajarnya meneruskan perjalanan mulia ini, lebih-lebih lagi dalam memupuk dan menyuburkan perpaduan nasional.

Semoga tahun 2011 dan seterusnya akan menyerlah dengan adanya penglibatan tenaga muda di dalam Arus Perdana Negara. Tampil ke hadapan mengambil tampuk utama transformasi Negara. Jadikanlah usia muda ini sebagai landasan ke masa hadapan yang diingini, yang diimpikan.

Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.

Dipetik dari http://www.1malaysia.com.my/

 
:: Politic ::
(96) articles found ...

:: Issues Explanation ::
(52) articles found ...

:: Economy ::
(61) articles found ...

:: International ::
(26) articles found ...

:: Field Issues ::
(79) articles found ...

:: Interviews/Speeches ::
(24) articles found ...

:: JASA Activities ::
(35) articles found ...

:: Interest/Hobby ::
(7) articles found ...

:: Religion ::
(11) articles found ...

:: Heritage ::
(8) articles found ...

:: Management Services ::
(3) articles found ...

:: Pejabat Ketua Pengarah ::
(2) articles found ...

Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer | Help | Site Map | Contact Us

Hak Cipta Terpelihara Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) © 2012