Paparan Lagu

There seems to be an error with the player !

kpkk 1malaysia senyum webmail piagam atastalian data

 
MOBILE / WEB 2.0

yt rss fb-kp qrjasa

mobileview

 
Pautan Agensi
KPKK
Jabatan Penerangan
Filem Negara
JKKN
IPPTAR
SKMM
Balai Seni Lukis
Muzium
Jabatan Warisan Negara
Kraftangan
Finas
Istana Budaya
RTM Bernama Arkib Negara
JKKN
IPPTAR
Perpustakaan Negara
Pautan Umum
mygov msc spa
pmspk KSN mampu
jpm upustaka
pemudah intan
Jumlah Pengunjung
Hari IniHari Ini162
Minggu IniMinggu Ini5591
Bulan IniBulan Ini12939
Jumlah TerkiniJumlah Terkini211862

PM Ucap Selamat Tahun Baru Kepada Masyarakat Tamil, Malayalee Dan Sikh

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin menyampaikan ucapan selamat kepada masyarakat Tamil, Malayalee dan Sikh yang menyambut tahun baru masing-masing Selasa.

"Saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru dengan penuh meriah kepada anda semua dan berharap anda mendoakan kesejahteraan Malaysia dan rakyatnya. Selamat Menyambut Tahun Baru!" kata beliau dalam blognya 1Malaysia.

Najib berkata sambutan itu mengingatkan beliau akan betapa bertuahnya negara ini yang mempunyai pelbagai kaum.

"Saya akan ketinggalan jika tidak mengiktiraf kepelbagaian bentuk sambutan tahun baru. Sebagaimana yang saya fahami, waktu bertuah dalam tahun ini diraikan dengan berbagai nama, tetapi matlamatnya tetap sama iaitu untuk mendoakan tahun yang mendapat hasil melimpah dan kemakmuran berterusan," katanya.

Beliau berkata pada masa yang sama, amalan kerohanian mesti digandingkan dengan usaha dan tindakan bersepadu untuk memastikan kejayaan.

"Sehubungan itu, sama ada anda meraikannya sebagai Vaisakhi, Vishu, Puthandu atau Varusha Pirappu, Rongali Bihu atau pun Naba Barsha, saya mengucapkan selamat menyambut perayaan yang meriah dan tahun mendatang yang berjaya kepada semua," katanya.

Esok(selasa), masyarakat Tamil akan menyambut "Varusha Pirappu", masyarakat Malayalee menyambut "Vishu" dan masyarakat Sikh menyambut "Vaisakhi".

- BERNAMA

 
:: politik ::
(99) artikel ditemui ...

:: penerangan-isu ::
(95) artikel ditemui ...

:: ekonomi ::
(62) artikel ditemui ...

:: luar-negara ::
(26) artikel ditemui ...

:: isu-lapangan ::
(84) artikel ditemui ...

:: wawancara-ucapan ::
(29) artikel ditemui ...

:: aktiviti-jasa ::
(59) artikel ditemui ...

:: minathobi ::
(7) artikel ditemui ...

:: agama ::
(12) artikel ditemui ...

:: warisan ::
(8) artikel ditemui ...

:: khidmat-pengurusan ::
(5) artikel ditemui ...

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Bantuan | Peta Laman | Hubungi Kami | Soalan Lazim
Tingkat 3 - 6, Blok D, Kompleks Pejabat Kerajaan, Bukit Perdana, Jalan Dato' Onn, 50610 Kuala Lumpur
Tel: 03-2698 7152, 03-2693 7502/7498/7469  Faks: 03-2694 4515  Emel: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Hak Cipta Terpelihara Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) © 2012